Selamat datang ke  laman web SHU JIN  THERAPY ZONE. Shu Jin Therapy Zone dulu dikenali sebagai Gemilang Reflexology & Therapy Resources yang dikendalikan oleh Hasidi Hassan . Pengambil alihan Gemilang Reflexology & Therapy Resources pada bulan November 2010 merupakan salah satu strategi untuk meluaskan sayap perniagaan beliau.

Segala urusan terapi di SHU JIN  THERAPY ZONE dikendalikan sendiri oleh Hasidi Hassan. Menyedari akan hakikat penyakit berbeza memerlukan teknik rawatan yang berbeza, kami telah mengadaptasikan teknik-teknik Refleksologi, Thai Massage dan Malay Traditional Deep Tissue Massage . Aplikasi teknik-teknik akan dibuat dalam ritma yang tertentu untuk mengembalikan dan menjaga harmoni badan agar sentiasa seimbang. Rekondisi ini mampu membuatkan pesakit tidur dengan lebih lena, kurang stress, wajah yang lebih berseri, cergas dan sentiasa ceria.

Banyak manfaat yang boleh diperolehi hasil dari rawatan terapi urut. Antaranya ialah melancarkan pengaliran darah, meningkatkan daya ketahanan badan, membantu mengurangkan sakit kepala, diabetes, gout, darah tinggi, masalah tulang belakang, saraf tersepit,sendi lari dan lain-lain. Disamping itu rawatan ini juga boleh meningkatkan kecergasan, kadar metabolisma badan dan mengurangkan lenguh-lenguh badan. Kami amat mengutamakan keselesaan anda semasa membuat rawatan bersama kami. Oleh itu, telefon untuk temujanji atau anda boleh buat temujanji secara online di website kami supaya anda tidak perlu menunggu lama.

Bagi kami, kami tetap berpegang teguh kepada Hadis Rasullullah, “Setiap penyakit ada penawarnya kecuali Tua dan Maut”

Advertisements